Assalamualaikum w.b.t
Setiap mesti ada kenangan raya tersendiri
Malam Raya Pertama aku dan keluarga pergi beraya di rumah pak cik aku... beraya macam biasa je... tapi dengan kuasa Allah, kaki aku terpijak jarum kat salah satu permaidani rumah pak cik aku... dengan muka yang hampir menangis, tapi ditahan-tahankan tangisan itu, aku cuba tanggalkan jarum yang tersusuk.. sebaik keluarkan dia, aku tengok panjang jugak.. sebab hampir separuh dari jarum tu dah tersusuk masuk dalam tapak kaki aku.. Jadi, aku fikirkan, jarum yang tersusuk telah habis keluar, tapi, apakan daya, aku cuba manusia biasa yang tiada ilmu dalam bidang perubatan. Aku biarkan kakiku membengkak selama 2 hari kerana aku yakin ia akan surut tak lama lagi, lagipun klinik kan cuti... tetapi masuk hari ketiga aku tersusuk jarum tu, mama suruh along bawa aku pergi hospital melaka... doktor pelatih kat hospital cuba tengok2 kaki aku dan tanya demam ke tak, lalu terus beri aku ubat.. so aku balik..
Esoknya, bengkak tak surut, jadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan peringgit. Doktor kat sana suruh aku buat xray, dan ternyata ada 1cm jarum yang tertinggal dalam tapak kaki aku.. kedudukannya agak dalam dan sudah hampir dengan tulang.. doktor kat situ serta merta rujuk aku ke hospital melaka untuk buat pembedahan bagi mengeluarkan jarum tersebut.
Aku ditahan kat wad ortopedik pada hari Rabu,22/8/2012 jam 5 lebih. Kemudian datang beberapa HO membelek salinan xray aku. Tak lama selepas itu, datang pula MO. MO tu membuat cadangan untuk membuat pembedahan kecil di bilik pembedahan berhampiran dengan wad memandangkan bilik pembedahan utama agak penuh. Jadi, yang akan membuat pembedahan adalah HO. Dalam beberapa minit sebelum maghrib, pembedahan bermula. Doctor inject aku dengan beberapa ubat bius di bahagian kaki. Tanpa segan silu, aku menangis. Injection itu terlalu sakit. Tak mampu aku ceritakan. Waktu die nak potong tapak kaki aku tu pon still rasa sakit, jadi die menambah dos ubat bius sehingga aku betul-betul tak rasa sakit sewaktu pembedahan kecil dilakukan.
Hampir setengah jam doctor HO tu ‘menggodek’ kaki aku... dan air mata terus berlinangan kerana mengenangkan nasib tapak kaki aku yang dipotong, tapi jarum yang dicari tak juga jumpa. Aku menangis sebab terdengar kata-kata HO tu yang mengatakan mereka tak tahu nak potong bahagian mana sebab jarum yang tertinggal dah hampir dengan tulang dan mereka berulang kali belek-belek xray aku seolah-olah hilang arah untuk meneruskan pembedahan itu. Akhirnya mereka decide untuk panggil MO yang bertugas untuk meneruskan pencarian ‘jarum’ tersebut.
Esoknya, 23/8/2012, HO membuat rondaan, dan menulis2 ke dalam fail rekod pesakit. Aku sempat membaca salah satu catitan HO ‘removal of foreign body was done yesterday-failed’. So. 1st attempt of removal of foreign body, which is the needle was failed yesterday.. hahahhahaha.. -_-“.. datang MO yang lain yang bertugas pagi tu,, tgk fail dan mendengar penjelasan HO segala bagai, dan membuat keputusan untuk membuat sekali lagi pembedahan di WAD. Ya, sekali lagi cubaan untuk menggodek tapak kaki aku akan dilakukan di wad biasa. Aku rasa nak nagis sebab semalam MO yang lagi satu cakap memang kena buat kat bilik operation, MO yang pagi ni cakap nak try buat kat wad je.. then aku piker, kalau sekali lagi tak jumpa jugak macam mana? Dah nak korek kaki aku buat kali ketiga ke? Tak lama lepas tu HO datang bawak

So, aku tunggu je la sehingga dipanggil untuk dibedah.. makan, then aku tido... dalam pukul 12, nurse panggil aku bangun and suruh aku tukar baju untuk pembedahan. Aku dah la tengah mamai-mamai... aku call mama ckp doktor nak buat pembedahan dah.. rupanya, diorang nak buat pembedahan kat bilik utama.. lega lah hati aku,mama dan abah mendengar khabar tersebut.
Dalam pukul 12.20, aku ditolak masuk ke bilik bedah.. MO yang pagi tadi yang akan buat pembedahan. Disamping dia ada 3 doktor bedah yang lain dan sorang nurse. So doctor pertama cakap die nak inject ubat bius dah.. inject la macam semalm, tapi agak kurang sakit dia.. mungkin die dah pakar bius atau memang dah biasa bius-membius sehingga aku rasa tak berapa nak sakit pon.. tik tok tik tok.. hampir setengah jam digodek2, dilap2 darah..agak banyak darah yang keluar... aku dapat rasa berdasarkan beberapa kali kain lap darah dilap ke kaki aku.. lagipun aku dalam keadaan sedar memandangkan Cuma bahagian kaki sahaja yang dibius... masih belum dijumpai lagi jarum tu sebab berdasarkan perbualan di antara doctors tu, jarum tersebut berada agak dalam dari tapak kaki aku... air mata dah berlinangan menahan rasa... sakit tu tak la kan, sebab dah dibius... nurse berapa kali suruh aku tahan sikit and suruh aku tarik nafas perlahan2 memandangkan bacaan denyutan nadi aku agak kencang.. setelah hampir 1 jam, jarum yang dicari akhirnya jumpa... kedengaran doctor tu berkata ‘aiyaa.. susah wo mau jumpa’..

Then, nurse kata, ‘sekarang doctor nak cuci luka, lepas tu jahit ey.. tahan sikit ey dik’... ye.. terpaksalah tahan kak.. huk huk huk.. sebanyak 6jahitan diperlukan untuk menjahit luka aku tu... waktu nak keluar bilik bedah tu, aku Cuma mampu berkata ‘thanks doctors’... dalam pukul 2, settle semua benda, aku ditolak balik ke bilik. Tak lama lepas tu,

Nak dijadikan cerita, malam tu mama and abah mmg dah plan nak jemput kawan2 mereka datang beraya... jadi aku menjadi topic utama dan hari2 seterusnya, setiap kali orang datang beraya, aku menjadi topic perbualan.. huk huk huk..
Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu berehat, aku skang dah ada kat Kepong.. esok kena pergi kerja.. jahitan luka dah dibuka pada 6/9/2012 aritu selepas genap 2 minggu pembedahan berlaku.. tapi buat masa sekarang, jalan masih terencot2.. menurut salah seorang sahabat merangkap pelajar tahun akhir perubatan, mungkin dalam masa 2-3 minggu masa yang diambil untuk elok sepenuhnya... yup.. hampir sama dengan kata-kata doctor yang aku jumpa waktu nak bukak jahitan artu.. die pon cakap luka ni ambil masa untuk pulih..
Parut? Mungkin akan kekal.. tambah pulak, potongan waktu pembedahan pertama tidak ditutup dengan betul, jadi lepas bukak jahitan, luka tu tak bercantum seperti diharapkan..
pesanan shareeza :- Terima kasih untuk parut dan hadiah ini ya Allah.. ia mengingatkan aku bahawa aku Cuma hambaMu yang lemah..
pesanan tambahan :- kalau kaki terpijak jarum, cepat2 g jumpa doktor... kemungkinan utk jarum tu patah dalam adalah tinggi T_T









