
Alhamdulillah...
satu ungkapan syukur yang aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku nikmat hidup selama 23 tahun di muka bumi ini...
Alhamdulillah...
syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan keluarga yang bersama-sama dengan aku walau dalam apa keadaan sekalipun..
Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah yang mengurniakan aku sahabat-sahabat yang menjadi penggerak dan semangat untuk aku menjalani hidup dan melaksanakan ibadah kepadaMu..
Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi syukur aku ucapkan kepada Allah di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada aku....
11 Mac 2012, genap hamba Allah ni dikurniakan hidup selama 23 tahun.. apakah sempat aku mencapai umur 24 tahun? WallahuAllah..
hadiah terbaik tahun ni?
dapat menyambutnya bersama keluarga!
itulah hadiah terbaik buat diriku...
selama beberapa tahun aku menyambut ulang tahun sebagai perantau.. (yela, blaja kat shah alam kan).. hehe.. jarang dapat balik melaka tyme birthday sendiri...
tapi Alhamdulillah, tahun ni dapat gak sambut bersama keluarga..
itulah hadiah terbaik yang aku dapat.. dapat cium dan peluk mama dan abah pada sambutan ulang tahun merupakan perkara terbaik bagi aku... =)
No comments:
Post a Comment