Assalamualaikum wrh wbt
Untuk Bonda, Calon isteriku....
Tangan ini ingin menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hatiku. Aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Seringkali aku mendengar ungkapan ‘Kau tercipta untukku.’
*******
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya maksud kalimat itu kerana diliputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang diciptakan khusus untuk diriku, iaitu DIRIMU. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu.
*******
Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana alu risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
*******
Apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustaz. Apabila aku memakai jubah, aku disangka syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangka da’i. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredaan Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati wanita kerana paras rupaku dan perwatakanku. Baik yang indah berjilbab atau yang ketat bert-Shirt,semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan fitnah ini. Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
*******
Jiwa remajaku ini mulai mencari cintanya dan kehadiran seorang wanita amat didambakan. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia MENUNGGU diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa melindungi diri.
*******
Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika di mana aku akan MELAMARMU, akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi SAW kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
*******
”Nikahilah wanita kerana empat perkara, keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya. Dan jika kau memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara’ sebagai pembatas diri kita. Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai cop HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
*******
[ Petikan
*sengaja aku kongsikan petikan-petikan menarik dalam buku-buku yang telah aku baca*
enjoy :D

No comments:
Post a Comment