
Mutakhir ni, aku membeli dan membaca beberapa buah buku
Yang temanya berkenaan dengan perkahwinan dan jodoh...
Dan aku tahu, sebaik aku ‘post’ gambar buku bertajuk
‘Apabila Hati Rindu Menikah’ karya Mas Udik Abdullah,
pasti di fikiran orang di luar sana ‘ish.. dh gatal nk kawin ke ?’
tidak salahkan untuk aku menimba ilmu berkenaan jodoh dan perkahwinan..
bukan berkenaan gatal atau tidak,
tapi berkenaan sedia atau tidak ?
bersediakah aku andai jodoh aku tiba esok?
Bila tibanya jodoh kita, hanya Allah yang punya jawapan yang tepat..
Aku tidak tahu, mama atau abah tidak tahu, kamu juga tidak tahu...
Pada segi zahirnya seperti, memasak,jahit butang (perhatian,jahit baju tak reti ye =P),
mengemas rumah mungkin aku boleh dikatakan sedia...
Tapi bercakap berkenaan batin, adakah aku sedia?
Sediakah aku untuk menjadi isteri pada batin mahupun pada rohaniah?
Cukupkah ilmu untuk aku jadi isteri yang solehah?
Jadi, bermula dari kesedaran tersebut,
aku berjinak-jinak dengan membeli dan membaca buku-buku bertemakan seperti itu...
Dan.. Alhamdulillah... buku tersebut banyak memberi aku seribu erti..
Erti berkenaan jodoh dan perkahwinan..
Yang paling terkesan apabila pengarangnya menasihati supaya jangan takut berkahwin..
Dan jangan menolak jodoh.. sebagai contoh:
pada usia kamu 21 tahun, datang seorang pemuda yang elok pekerti untuk meminang kamu, padahal kamu sedang lagi belajar, jadi kamu menolak..
Adakah kamu tidak perasan itu sepertinya menolak jodoh.. kemudian pada usia kamu 29tahun, kamu telah bersedia dari semua segi, tapi jodoh itu lambat sampai... bukan lambat sampai, tp Allah pernah mendatangi jodoh buat kamu, tapi kamu pernah menolaknya bukan? Haaa... itulah antara yang sangat terkesan bila membaca buku tersebut..
lepas tu.. die juga bagi pesanan jangan takut bernikah atas alasan ekonomi belum kukuh... bukankah mendirikan rumah tangga merupakan sesuatu yang disukai Allah, masakan Allah taknak bagi rezeki selepas kamu melakukan sesuatu yang disukaiNya? Kan kan?
Pastu kan... satu lagi yang buat aku agak yakin dengan jodoh dan perkahwinan, bila die sebut, terimalah jodoh kita walau siapa pun mereka..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
die bagi contoh kalau dah memang tertulis di Loh Mahfuz jodoh kita ngan duda or suami orang (means jadi bini no 2) kita kena redha.. kerana Allah yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita...kalau aku jadi bini no 2 pada orang yang Allah redha iman dan akhlak serta amalnya aku pon nak... MashaAllah.. beruntung la kan? Perjalanan aku menuju Jannah pon dipermudahkan andai dikurniakan suami macam tu... =)
aku tahu, mmg xsemua orang nk kawin ngn laki orang, tapi andai dh tertulis di Loh Mahfuz kita kena redha dan pasrah.. tentu ada rahmat disebalik sesuatu kejadian kan?
Senang kata banyak ilmu yang dapat aku timba di sebalik buku tu...
Then.. aku beli satu lagi buku
“Aku Terima Nikahnya” karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...
Aku pernah dengar pasal buku tu dulu...
Tapi yela, dulu belum ada kesedaran diri kan...
Jadi aku xnmpak manfaat nya...
Alhamdulillah.. sekarang dh nmpak... heeee...=P
Buku tu sangat2 bagus... yang menariknya, ustaz tu setuju bernikah dengan wife die sebelum bertemu muka secara berdepan, xpernah sms, kuar makan,
dating tgk wayang dan sebagainya, xpernah!,...
hanya melalui sekeping gambar yang agak sukar bagi ustaz tu untuk cam muka bakal wife die..tapi melalui cerita2 sahabat terdekat berkenaan akhlak wanita tersebut,
Ustaz tu yakin itulah wanita yang diimpikan selama ini...
Sweet kan cinta macam tu...
buku tu banyak menceritakan pengalaman ustaz tu berkahwin dengan seorang doctor,
kesibukan menguruskan rumah tangga di samping berdakwah dan menjaga anak..
serta kisah cinta mereka selepas kahwin yang bahagia dirahmati Allah.. best!
Patu pastu.. lagi best.. dorang ni bercinta dan kisah perkahwinan dorang bermula kat negara Ireland.. keindahan kota Dublin dan banyak lagi tempat2 (yang xreti nk sebut nama die.. huhuhu)yang diceritakan agak menarik minat aku.. =)
im gonna put Ireland in my list - “Places I wish to visit” .. hehe..
sekarang aku tengah baca buku “Ya Allah, Diakah Jodohku” karya Burhan Sodiq..
agak lewat mengkhatamkan buku tersebut disebabkan tuntutan kerja yang menjadikan aku agak penat sekembali dari office... saat aku menaip ni, pembacaan aku terhenti pada muka surat 151 dari 221 muka surat.. inshaAllah, seperti yang lain-lain, buku ini bakal bermanfaat buat masa depan serta ilmu akhirat ku.. inshaAllah dapat menjadi bekalan untuk kehidupan berumah tangga ku andai dikurniakan Allah suatu masa nanti..
Aminnn... =)