
Mohon jangan gelak tatkala membaca tajuk entry ini.. hahhaha...
Orang kata, jodoh memang telah ditetapkan oleh Allah sejak kita dalam rahim ibu lagi. Tapi apakah kita hanya perlu menanti jodoh itu datang, atau kita harus berusaha mencari jodoh tersebut?
Aku suka membaca buku-buku tentang penikahan dan percintaan. Kebanyakan penulis menggalakkan remaja-remaja kini untuk mempercepatkan pernikahan mereka dan bernikah dalam usia yang muda.
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya apabila seseorang itu bernikah, ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi hendaklah dia beribadah kepada Allah”
Dan sejujurnya, tatkala membaca petikan hadith ni, hati aku meronta-ronta dan bersemangat untuk menyempurnakan separuh dari agama aku secepat mungkin. Sebolehnya ingin aku menyempurnakannya dalam usia yang muda. Tapi, kita sendiri tak tahu, bilakah yang sebenarnya masa yang tepat yang telah Allah tetapkan untuk kita bertemu dengan jodoh kita.
Usaha? Seseorang mengingatkan aku tentang usaha untuk mencari jodoh itu. Dan sehingga ke hari ini, antara usaha yang telah aku lakukan adalah :-
1) berusaha menjadi wanita solehah (meski belum aku capai tahap tersebut)
2) istikharah
3) istiyarah
4) mendaftarkan diri dalam web mencari jodoh (pure matrimony) ß ini super LOL =P
oke.. yang no satu tu... aku bukan wanita yang sempurna. Aku wanita yang penuh kekurangan dan cacat cela aku tersendiri. Tapi Allah itu Maha Menyayangi, Dia tutup aib-aib aku, Dia sembunyikan dosa-dosa silam mahupun dosa masa kini aku. Jadi atas rasa kasihNya yang tak pernah luntur terhadap aku dan atas rasa penuh kehambaan kepadaNya, aku berusaha berubah dan sedaya mampu untuk menjadi wanita solehah yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam, meski belum sepenuhnya sempurna, tapi aku akan terus berusaha tanpa henti mahupun lelah dalam mencari redaNya...
istikharah? Seorang kawan di tempat kerja pernah menceritakan tentang hasil istikharah dia kepada aku. Katanya, sebelum bertunang dengan seorang jejaka ni, dia lakukan solat istikharah, antara permintaan dia, dia minta sekiranya lelaki itu jodohnya, moga disatukan mereka dalam pernikahan dan sekiranya bukan, pisahkan mereka secara baik dan semoga hati mereka berdua redha dalam perpisahan itu. Dan dia lakukan istikharah itu berturut-turut selama 2 bulan. Maha Kuasa Allah, Dia tunjukkan jalan kepada istikharah kawan tersebut dengan perpisahan. Namun, ternyata perpisahan itu berlaku dalam keadaan yang tenang tanpa ada perasaan benci membenci mahupun dendam. Mereka redha atas perpisahan tersebut. Kawan itu juga memberi pesanan, sekiranya hati telah tertarik kepada seseorang, istikharah lah ,mohon petunjuk dari Allah. Dan sekarang, telah hampir 3 minggu aku lakukan istikharah setelah mendengar nasihat dia. Allah sampaikan petunjuk dalam banyak bentuk, bukan dalam mimpi saja. Setakat ni, aku belum dapat apa-apa mimpi, tapi hati aku, WallahuAllam..
Istisyarah. Sejujurnya, aku telah berkali-kali bagi ‘hint’ pada mama menyuruh beliau mencarikan aku jodoh. Namun hampa. Mama tak nak terlibat dalam proses pencarian ini. Malah katanya, mama kata pilihan dia mungkin bukan pilihan aku. Aku tahu, bukan mama saja-saja tak nak, tapi mama nak beri ruang sepenuhnya kepada aku dalam menentukan siapa bakal suami aku. Dan mungkin mama juga tak nak sekiranya di hadapan kelak aku akan menyalahkan beliau andai ada konflik terjadi di antara aku dengan suami yang merupakan pilihan beliau. Jadi, buat masa sekarang, usaha mencari jodoh itu sepenuhnya terletak di tangan aku.
Pure Matrimony? Aku baru je daftar 2 hari lepas. LOLOLOLOLOL... apa itu Pure Matrimony? Satu laman web mencari jodoh di bawah MERCY. Aku jumpa web tu pon melalui twitter Sheikh Alaa Elsayed. Sheikh ni punya ceramah memang best, best giler. Oke sambung semula... jadi kita isi detail kat web tu.. dan cara mereka mengendalikan web tu memang Islamik. Sangat islamik, siap minta detail Wali. Aku letak no phone mama. Hahahha... gambar profile gambar default yang ada kat web tu.. cam air atau basikal atau apa-apa la... dan mereka siap bagi pesanan, web tu bukan untuk mereka yang nak cari BF/GF atau nak dating-dating, tapi web tu untuk mereka yang serious nak cari jodoh.
Tapi, persoalannya, cukup kah usaha aku? Betul ke cara aku berusaha? Moga Allah mudahkan...
No comments:
Post a Comment