Saturday, May 19, 2012

Ujian Keimanan

Allah itu sayang akan umatNya. sayang akan kita. tapi apakah kita juga menyayangiNya? semakin kita cuba mendekati Allah. menunjukkan kasih sayang kepadaNya, semakin kuat kita diuji. Allah juga mahu menguji sejauh mana dalamnya kasih kita terhadapNya. maka, pandanglah ujian itu sebagai petanda yang positif. yang mana petanda bahawa Allah juga menyayangi kita.

Kadang hati lelah. penat melangkah menuju Allah. Semakin aku cuba berubah ke arah mendapat keredaanNya, semakin kuat ujian yang aku terima. Mungkin tidak sekuat ujian yang menimpa Nabi-Nabi terdahulu. Tapi bagi seorang insan yang lemah seperti aku. sejujurnya, hampir sahaja aku berputus asa. hampir saja aku memarahi ujian itu.

Tapi syukur masih ada sisa iman dan takwa dalam diri. aku cuba mempositifkan keadaan. Langkah kaki ini, terus mara ke hadapan, meski sokongan yang aku harapkan dari mereka yang terdekat tidak semegah yang aku impikan. mungkin saja dakwah ku kepada mereka belum terkesan di hati. semuanya perancangan Allah. mungkin saja ada kata-kata yang bisa membuatkan semangat diri ini lemah, tapi aku yakin Allah itu ada sebagai penguat semangatku.

Ya Allah. Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunkan dosa-dosa silamku dan dosa-dosa masa kini, sama ada yang jelas mahupun yang tersembunyi, sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja.

Ya Allah, Tuhan Yang maha Melindungi, Lindungilah maruahku, Tutuplah aibku.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Penyayang. Kasihanilah aku. Sayangilah hambaMu ini.

Dengan nama Allah, aku berserah dan bersujud kepadaNya!


No comments:

Post a Comment