Thursday, June 21, 2012

"Sukarnya Memaafkan"

"Sukarnya Memaafkan"

Aku benci rasa ini
walaupun ia bertandang di laman hati
kenapa kau menjelang semula
setelah menghilang sekian lama

kaukah itu yang pernah menghadiahkan
satu luka berdarah yang menyakitkan
kenapa perlu kutemui lagi warna pilu
ketika kau lalu di tepian kalbu

ah,terasa segalanya terlalu laju
apabila batas-batas masa dikira
puluhan tahun tidak lama
termangu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
... sukarnya melupakan

segalanya kini sudah berubah
sejak ikatan hati itu terungkai
episod demi episod telah mendewasakan
kita semakin matang mentafsirkan!
kalau benar cintakan Allah...
hati kita takkan terpisah

dan entah kenapa tiba-tiba kini...
kita dipertemukan semula
... di persada kemaafan
apabila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itupun bisa memaafkan
lalu dendam luruh seluruh...
walau diawalnya terasa susah sungguh!

Dini hari
Muharram 1417H

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Cinta Kerana Allah.



*ini sajak nukilan PMJ dalam buku bertajuk Cinta Kerana Allah*

No comments:

Post a Comment