Wednesday, June 15, 2011

Trilogi Bagaikan Puteri


"Bagaikan Puteri... novel pertama kisah Laksamana Sunan
menceritakan perjalanan gadis muda bernama Haryani
merentasi masa dan hijab ke zaman lampau"


"Novel kedua Perjalanan Laksamana Sunan..
Penuh emosi... lebih kepada perjalanan Laksamana Sunan
menentang kejahatan Maharani yang juga ibu asuhan kepada isterinya
yang juga berakhir apabila Sunan digalau kesedihan akibat kehilangan cinta hati beliau"

Bermulanya pengembaraan pembacaan novel karya Ramlee Awang Murshid ni aku terpegun... kata2 yang cukup indah.. ayat2 yang menusuk jiwa.. jalan cerita yang menarik aku untuk sama hanyut dalam alam cerita itu.. malahan membuatkan aku percaya bahawa wujudnya watak Laksamana Sunan dalam sejarah Melayu.. karya ini juga membuatkan aku sama percaya bahawa xmustahil hijab seseorg itu boleh terbuka hingga membawa dia yg datang dr alam masa depan untuk hidup dalam alam masa lampau... xterkecuali karya ini menjadikan aku lebih dekat kepada Pencipta aku... Keperibadian Laksamana Sunan aka Saifudin sungguh tinggi kemuliaannya.. sekiranya dalam novel ni pon digambarkan bahawa Sunan itu seorg yg berkepribadian tinggi kerana menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola.. sudah tentu sekali kekasih Allah itu lebih tggi darjat dan lebih tggi keperibadiaan Baginda.. SubhanAllah.. xtercapai dek akal utk menggambarkan betapa mulia nya Baginda Rasulullah SAW..

ketika pelayaran pembacaan karya ini.. hati aku turut terusik dan tersentuh untuk jatuh cinta pada Laksamana Sunan.. benar die xsempurna.. namun keperibadiannya hampir sempurna sebagai seorg Muslim... seorg yg sgt rindukan mati syahid.. berjuang menentang kejahatan kegelapan demi untuk mendapat keredhaan Allah.. kadangkala otak kecil ku bergerak berpusing memikirkan apakah wujud manusia ataupun insan seperti ini dalam abad 21 ini? wallahuAllam.. xterjawab oleh ku...

owh.. lupa plak.. ayat2 aku terpaksa di'sastera'kan kerana novel ini menjadikan aku seorg yg berbahasa klasik dan sastera utk sementara waktu.. mungkin terlalu terbawa2 dan menghayati keindahan jalan cerita itu barangkali...



"Perjalanan Laksamana Sunan merentasi masa...
Sunan dibawa ke zaman sekarang,abad 21"

Sunan juga seorg yg setia pada cinta nya mahupun kepada Allah dan juga cintanya terhadap isterinya Sang Ratu.. Ratu yang digambarkan merupakan seorg pejuang kejahatan yang kemudiannya diberikan hidayah oleh Allah lalu diambil Sunan sebagai isteri.. dan akhir kisah Sang Ratu dibunuh.. namun begitu.. novel terbaru bertajuk Sutera Bidadari digambarkan ada lagi pengembaraan Laksamana Sunan dalam novel akan datang kerana Sang Ratu itu tidaklah meninggal namun disumpah menjadi raksasa...


"Sunan juga manusia biasa yang punya kelemahan..
namun cinta nya terhadap Islam sgt mendalam"


"novel ke5 perjalanan Laksamana Sunan menentang Taghut,laknatullah..
digambarkan ada sambungannya"

seusai aku menghabisi pembacaan novel ke4 iaitu cinta sufi aku terus membeli novel ke5 iaitu sutera bidadari.. dan di saat aku menulis,pembacaan ku baru smpai setengah buku.. namun begitu jalan ceritanya begitu menarik dan membuatkan aku xsabar utk menamatkan pengembaraan pembacaanku...

karya Ramlee Awang Murshid sememangnya berbaloi utk dibaca.. kisah cinta yang lebih kepada cinta terhadap Allah.. cinta sesama manusia yang hadir kerana Allah dan cinta sesama manusia yang berpaksikan agama Islam... SubhanAllah.. digambarkan sungguh indah cinta itu di dalam novel itu...

bagaimanapun... realiti tidak sama dgn fantasi.. walau apa pun.. Laksamana Sunan hanyalah fantasi.. fantasi yang dicipta yang membuatkan aku hampir terperangkap dlm fantasi sendiri..

nota kaki: kalau bisa aku khabarkan di seantara dunia.. akan aku khabarkan tentang cerita ini.. *maksudnya aku nk ajak korg sume baca novel ni* =)

3 comments:

  1. wah, awak suka novel yang sama dgn saya la..hehe..saya dah habis baca semua buku2 tue tapi entah sapa yang ambilnya dari almari buku, semua buku2 saya tue hilang..geram betul..tapi saya memang suka sgt2 buku2 nie...memang best giler kerana banyak panduan pasal cinta, agama dan sebagainya dalam tue...

    ReplyDelete
  2. Yup.. Byk mgjr tntg kehidupan,dan cinta brsndarkan Islam.. Cinta yg hadir krna Allah =]

    ReplyDelete
  3. betul2...tapi saya sebenarnya terlupa,yg Sutera Bidadari tue, last sekali Saifuddin mati kan, kena tembak sewaktu nak bernikah di masa depan...buku saya dah hilang, so saya terlupa la...huhu

    ReplyDelete