Tuesday, March 12, 2013
Tuesday, February 26, 2013
To love at all is to be vulnerable
Sunday, September 9, 2012
hadiah hari raya aidilfitri 2012
Assalamualaikum w.b.t
Setiap mesti ada kenangan raya tersendiri
Malam Raya Pertama aku dan keluarga pergi beraya di rumah pak cik aku... beraya macam biasa je... tapi dengan kuasa Allah, kaki aku terpijak jarum kat salah satu permaidani rumah pak cik aku... dengan muka yang hampir menangis, tapi ditahan-tahankan tangisan itu, aku cuba tanggalkan jarum yang tersusuk.. sebaik keluarkan dia, aku tengok panjang jugak.. sebab hampir separuh dari jarum tu dah tersusuk masuk dalam tapak kaki aku.. Jadi, aku fikirkan, jarum yang tersusuk telah habis keluar, tapi, apakan daya, aku cuba manusia biasa yang tiada ilmu dalam bidang perubatan. Aku biarkan kakiku membengkak selama 2 hari kerana aku yakin ia akan surut tak lama lagi, lagipun klinik kan cuti... tetapi masuk hari ketiga aku tersusuk jarum tu, mama suruh along bawa aku pergi hospital melaka... doktor pelatih kat hospital cuba tengok2 kaki aku dan tanya demam ke tak, lalu terus beri aku ubat.. so aku balik..
Esoknya, bengkak tak surut, jadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan peringgit. Doktor kat sana suruh aku buat xray, dan ternyata ada 1cm jarum yang tertinggal dalam tapak kaki aku.. kedudukannya agak dalam dan sudah hampir dengan tulang.. doktor kat situ serta merta rujuk aku ke hospital melaka untuk buat pembedahan bagi mengeluarkan jarum tersebut.
Aku ditahan kat wad ortopedik pada hari Rabu,22/8/2012 jam 5 lebih. Kemudian datang beberapa HO membelek salinan xray aku. Tak lama selepas itu, datang pula MO. MO tu membuat cadangan untuk membuat pembedahan kecil di bilik pembedahan berhampiran dengan wad memandangkan bilik pembedahan utama agak penuh. Jadi, yang akan membuat pembedahan adalah HO. Dalam beberapa minit sebelum maghrib, pembedahan bermula. Doctor inject aku dengan beberapa ubat bius di bahagian kaki. Tanpa segan silu, aku menangis. Injection itu terlalu sakit. Tak mampu aku ceritakan. Waktu die nak potong tapak kaki aku tu pon still rasa sakit, jadi die menambah dos ubat bius sehingga aku betul-betul tak rasa sakit sewaktu pembedahan kecil dilakukan.
Hampir setengah jam doctor HO tu ‘menggodek’ kaki aku... dan air mata terus berlinangan kerana mengenangkan nasib tapak kaki aku yang dipotong, tapi jarum yang dicari tak juga jumpa. Aku menangis sebab terdengar kata-kata HO tu yang mengatakan mereka tak tahu nak potong bahagian mana sebab jarum yang tertinggal dah hampir dengan tulang dan mereka berulang kali belek-belek xray aku seolah-olah hilang arah untuk meneruskan pembedahan itu. Akhirnya mereka decide untuk panggil MO yang bertugas untuk meneruskan pencarian ‘jarum’ tersebut.
Esoknya, 23/8/2012, HO membuat rondaan, dan menulis2 ke dalam fail rekod pesakit. Aku sempat membaca salah satu catitan HO ‘removal of foreign body was done yesterday-failed’. So. 1st attempt of removal of foreign body, which is the needle was failed yesterday.. hahahhahaha.. -_-“.. datang MO yang lain yang bertugas pagi tu,, tgk fail dan mendengar penjelasan HO segala bagai, dan membuat keputusan untuk membuat sekali lagi pembedahan di WAD. Ya, sekali lagi cubaan untuk menggodek tapak kaki aku akan dilakukan di wad biasa. Aku rasa nak nagis sebab semalam MO yang lagi satu cakap memang kena buat kat bilik operation, MO yang pagi ni cakap nak try buat kat wad je.. then aku piker, kalau sekali lagi tak jumpa jugak macam mana? Dah nak korek kaki aku buat kali ketiga ke? Tak lama lepas tu HO datang bawak

So, aku tunggu je la sehingga dipanggil untuk dibedah.. makan, then aku tido... dalam pukul 12, nurse panggil aku bangun and suruh aku tukar baju untuk pembedahan. Aku dah la tengah mamai-mamai... aku call mama ckp doktor nak buat pembedahan dah.. rupanya, diorang nak buat pembedahan kat bilik utama.. lega lah hati aku,mama dan abah mendengar khabar tersebut.
Dalam pukul 12.20, aku ditolak masuk ke bilik bedah.. MO yang pagi tadi yang akan buat pembedahan. Disamping dia ada 3 doktor bedah yang lain dan sorang nurse. So doctor pertama cakap die nak inject ubat bius dah.. inject la macam semalm, tapi agak kurang sakit dia.. mungkin die dah pakar bius atau memang dah biasa bius-membius sehingga aku rasa tak berapa nak sakit pon.. tik tok tik tok.. hampir setengah jam digodek2, dilap2 darah..agak banyak darah yang keluar... aku dapat rasa berdasarkan beberapa kali kain lap darah dilap ke kaki aku.. lagipun aku dalam keadaan sedar memandangkan Cuma bahagian kaki sahaja yang dibius... masih belum dijumpai lagi jarum tu sebab berdasarkan perbualan di antara doctors tu, jarum tersebut berada agak dalam dari tapak kaki aku... air mata dah berlinangan menahan rasa... sakit tu tak la kan, sebab dah dibius... nurse berapa kali suruh aku tahan sikit and suruh aku tarik nafas perlahan2 memandangkan bacaan denyutan nadi aku agak kencang.. setelah hampir 1 jam, jarum yang dicari akhirnya jumpa... kedengaran doctor tu berkata ‘aiyaa.. susah wo mau jumpa’..

Then, nurse kata, ‘sekarang doctor nak cuci luka, lepas tu jahit ey.. tahan sikit ey dik’... ye.. terpaksalah tahan kak.. huk huk huk.. sebanyak 6jahitan diperlukan untuk menjahit luka aku tu... waktu nak keluar bilik bedah tu, aku Cuma mampu berkata ‘thanks doctors’... dalam pukul 2, settle semua benda, aku ditolak balik ke bilik. Tak lama lepas tu,

Nak dijadikan cerita, malam tu mama and abah mmg dah plan nak jemput kawan2 mereka datang beraya... jadi aku menjadi topic utama dan hari2 seterusnya, setiap kali orang datang beraya, aku menjadi topic perbualan.. huk huk huk..
Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu berehat, aku skang dah ada kat Kepong.. esok kena pergi kerja.. jahitan luka dah dibuka pada 6/9/2012 aritu selepas genap 2 minggu pembedahan berlaku.. tapi buat masa sekarang, jalan masih terencot2.. menurut salah seorang sahabat merangkap pelajar tahun akhir perubatan, mungkin dalam masa 2-3 minggu masa yang diambil untuk elok sepenuhnya... yup.. hampir sama dengan kata-kata doctor yang aku jumpa waktu nak bukak jahitan artu.. die pon cakap luka ni ambil masa untuk pulih..
Parut? Mungkin akan kekal.. tambah pulak, potongan waktu pembedahan pertama tidak ditutup dengan betul, jadi lepas bukak jahitan, luka tu tak bercantum seperti diharapkan..
pesanan shareeza :- Terima kasih untuk parut dan hadiah ini ya Allah.. ia mengingatkan aku bahawa aku Cuma hambaMu yang lemah..
pesanan tambahan :- kalau kaki terpijak jarum, cepat2 g jumpa doktor... kemungkinan utk jarum tu patah dalam adalah tinggi T_T
Sunday, July 15, 2012
Jalan yang Jelas
Thursday, June 21, 2012
"Sukarnya Memaafkan"
Monday, June 11, 2012
Serahkan PadaNya
Saturday, May 19, 2012
Ujian Keimanan
Friday, May 11, 2012
Usaha Mencari Jodoh

Mohon jangan gelak tatkala membaca tajuk entry ini.. hahhaha...
Orang kata, jodoh memang telah ditetapkan oleh Allah sejak kita dalam rahim ibu lagi. Tapi apakah kita hanya perlu menanti jodoh itu datang, atau kita harus berusaha mencari jodoh tersebut?
Aku suka membaca buku-buku tentang penikahan dan percintaan. Kebanyakan penulis menggalakkan remaja-remaja kini untuk mempercepatkan pernikahan mereka dan bernikah dalam usia yang muda.
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya apabila seseorang itu bernikah, ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi hendaklah dia beribadah kepada Allah”
Dan sejujurnya, tatkala membaca petikan hadith ni, hati aku meronta-ronta dan bersemangat untuk menyempurnakan separuh dari agama aku secepat mungkin. Sebolehnya ingin aku menyempurnakannya dalam usia yang muda. Tapi, kita sendiri tak tahu, bilakah yang sebenarnya masa yang tepat yang telah Allah tetapkan untuk kita bertemu dengan jodoh kita.
Usaha? Seseorang mengingatkan aku tentang usaha untuk mencari jodoh itu. Dan sehingga ke hari ini, antara usaha yang telah aku lakukan adalah :-
1) berusaha menjadi wanita solehah (meski belum aku capai tahap tersebut)
2) istikharah
3) istiyarah
4) mendaftarkan diri dalam web mencari jodoh (pure matrimony) ß ini super LOL =P
oke.. yang no satu tu... aku bukan wanita yang sempurna. Aku wanita yang penuh kekurangan dan cacat cela aku tersendiri. Tapi Allah itu Maha Menyayangi, Dia tutup aib-aib aku, Dia sembunyikan dosa-dosa silam mahupun dosa masa kini aku. Jadi atas rasa kasihNya yang tak pernah luntur terhadap aku dan atas rasa penuh kehambaan kepadaNya, aku berusaha berubah dan sedaya mampu untuk menjadi wanita solehah yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam, meski belum sepenuhnya sempurna, tapi aku akan terus berusaha tanpa henti mahupun lelah dalam mencari redaNya...
istikharah? Seorang kawan di tempat kerja pernah menceritakan tentang hasil istikharah dia kepada aku. Katanya, sebelum bertunang dengan seorang jejaka ni, dia lakukan solat istikharah, antara permintaan dia, dia minta sekiranya lelaki itu jodohnya, moga disatukan mereka dalam pernikahan dan sekiranya bukan, pisahkan mereka secara baik dan semoga hati mereka berdua redha dalam perpisahan itu. Dan dia lakukan istikharah itu berturut-turut selama 2 bulan. Maha Kuasa Allah, Dia tunjukkan jalan kepada istikharah kawan tersebut dengan perpisahan. Namun, ternyata perpisahan itu berlaku dalam keadaan yang tenang tanpa ada perasaan benci membenci mahupun dendam. Mereka redha atas perpisahan tersebut. Kawan itu juga memberi pesanan, sekiranya hati telah tertarik kepada seseorang, istikharah lah ,mohon petunjuk dari Allah. Dan sekarang, telah hampir 3 minggu aku lakukan istikharah setelah mendengar nasihat dia. Allah sampaikan petunjuk dalam banyak bentuk, bukan dalam mimpi saja. Setakat ni, aku belum dapat apa-apa mimpi, tapi hati aku, WallahuAllam..
Istisyarah. Sejujurnya, aku telah berkali-kali bagi ‘hint’ pada mama menyuruh beliau mencarikan aku jodoh. Namun hampa. Mama tak nak terlibat dalam proses pencarian ini. Malah katanya, mama kata pilihan dia mungkin bukan pilihan aku. Aku tahu, bukan mama saja-saja tak nak, tapi mama nak beri ruang sepenuhnya kepada aku dalam menentukan siapa bakal suami aku. Dan mungkin mama juga tak nak sekiranya di hadapan kelak aku akan menyalahkan beliau andai ada konflik terjadi di antara aku dengan suami yang merupakan pilihan beliau. Jadi, buat masa sekarang, usaha mencari jodoh itu sepenuhnya terletak di tangan aku.
Pure Matrimony? Aku baru je daftar 2 hari lepas. LOLOLOLOLOL... apa itu Pure Matrimony? Satu laman web mencari jodoh di bawah MERCY. Aku jumpa web tu pon melalui twitter Sheikh Alaa Elsayed. Sheikh ni punya ceramah memang best, best giler. Oke sambung semula... jadi kita isi detail kat web tu.. dan cara mereka mengendalikan web tu memang Islamik. Sangat islamik, siap minta detail Wali. Aku letak no phone mama. Hahahha... gambar profile gambar default yang ada kat web tu.. cam air atau basikal atau apa-apa la... dan mereka siap bagi pesanan, web tu bukan untuk mereka yang nak cari BF/GF atau nak dating-dating, tapi web tu untuk mereka yang serious nak cari jodoh.
Tapi, persoalannya, cukup kah usaha aku? Betul ke cara aku berusaha? Moga Allah mudahkan...
Saturday, March 17, 2012
Alhamdulillah... 23 tahun.. =)

Alhamdulillah...
Thursday, March 15, 2012
Doa Memohon Jodoh
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan KetentuanMu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Reda hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
[ Petikan ini aku ambil dari buku karya Burhan Sodiq, Ya Allah, Diakah Jodohku ]
*oke.. ni petikan terakhir yang agak menarik dalam buku tu yang aku amik.. heeee...* :D
Wednesday, March 14, 2012
Surat untuk Calon Suamiku
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ke hadapan calon suamiku...
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?
Wahai calon suamiku...
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian inshaAllah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.
Calon suamiku...
Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.
Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.
Wahai calon suamiku...
Ketika aku masih di bwah jagaan ayah dan bondaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai dari aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta pada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi kita apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.”
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.
Calon suami yang dirahmati Allah...
Apabila hanya sebuah rumah kecil menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia rumah derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.
Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.
Calon suamiku...
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
[ Petikan
Friday, March 2, 2012
Surat untuk Calon Isteriku
Assalamualaikum wrh wbt
Untuk Bonda, Calon isteriku....
Tangan ini ingin menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hatiku. Aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Seringkali aku mendengar ungkapan ‘Kau tercipta untukku.’
*******
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya maksud kalimat itu kerana diliputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang diciptakan khusus untuk diriku, iaitu DIRIMU. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu.
*******
Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana alu risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
*******
Apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustaz. Apabila aku memakai jubah, aku disangka syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangka da’i. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredaan Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati wanita kerana paras rupaku dan perwatakanku. Baik yang indah berjilbab atau yang ketat bert-Shirt,semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan fitnah ini. Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
*******
Jiwa remajaku ini mulai mencari cintanya dan kehadiran seorang wanita amat didambakan. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia MENUNGGU diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa melindungi diri.
*******
Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika di mana aku akan MELAMARMU, akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi SAW kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
*******
”Nikahilah wanita kerana empat perkara, keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya. Dan jika kau memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara’ sebagai pembatas diri kita. Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai cop HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
*******
[ Petikan
*sengaja aku kongsikan petikan-petikan menarik dalam buku-buku yang telah aku baca*
enjoy :D
Saturday, February 4, 2012
IMPIAN PERKAHWINAN

Pernah dengar tentang “life’s cycle of questions?”
1. “Bila nak habis belajar?”
* Apabila kita masuk university, orang mula bertanya soalan ni kan?
2. “Bila nak dapat kerja?”
*Apabila dah habis belajar, orang tanya plak, bila nak dapat keje?
3. “Bila nak kawin?”
* Bila dah dapat keje, orang tanya, bila nak kawin?
4. “Bila nak dapat anak?”
* Bila dah kawin, orang tanya bila nk dapat anak,dan akhirnya....
5. “Bila nak dapat anak seterusnya?” -_____-”
Dipendekkan cerita, aku di soalan no 3 tu ha..
kawan2 ramai yang dh temu jodoh,ada yang ada anak dh pon..
hahaha.. aku? Allah cakap belum sampai lagi..
oke.. bersambung...
Impian perkahwinan?
Siapa yang xde impian perkahwinan?
Kalau tanya anak kecil pon pasti rancak mereka berbicara,
Nak kawin dengan putera raja la,
nak pakai baju cm Cinderella la.. dan macam2 lagi...
Perkara ni terlintas di fikiran aku tatkala melihat album perkahwinan salah seorang officemate
Tadi.. mmg cantik album tu...smpai terdetik di hati,
“ana kawin nanti, ana nak ada satu album gambar macam ni juga la”..
Cantik nye album tu kerana kulit album tu dihiasi gmbar-gambar perkahwinan mereka dan album itu mmg cantik,
diringkaskan, hati ana mmg berkenan lah! =)
Tapi suatu persoalan keluar di benak ana...
”Mengapa ambil gambar tak pakai tudung, sedangkan ukhti bertudung pada hari biasa?” – persoalan ini hanya tersimpan dalam hati je... tak terluah..
Rata-rata perkahwinan sekarang seperti memainkan hukum Allah..
Mungkin ada yang berfikir
“ahh... satu hari je.. aku nk nmpak cantik sangat2.. xpakai tudung baru leh bergaya dengan macam2 baju"
MashaAllah....
Lalu terlintas di hati aku....
sebolehnya aku taknak bersanding pada hari perkahwinan nanti..
Perkara ini pernah aku luahkan pada teman sekerja 2 bulan lepas..
“Eeza kalau boleh xnk bersanding... tak terasa nak bersanding”
Dan aku pon xingat bila perkara ini aku tanamkan dalam impian perkahwinan aku...
Aku rasa aku akan rasa sangat penat nak duduk seharian,
menghadap wajah-wajah yang aku tak kenal..
diratahi oleh mata-mata yang bukan mahram aku..
inshaAllah..
impian ini akan terlaksana kerana niat aku sememangnya kerana Allah...
cuma sedikit perasaan bimbang terlintas di fikiran aku..
bagaimana reaksi mama dan abah kiranya aku memutuskan untuk tidak bersanding?
Apakah bakal suami aku juga mempunyai impian yang sama seperti aku?
Aku hanya impikan majlis perkahwinan yang sederhana..
Majlis akad nikah,Tiada persandingan,Tiada persalinan...[cukup sepasang baju nikah, sepasang baju untuk sambut tetamu waktu majlis walimah]hantaran pon kalau mama dan abah nak, biarlah serba ringkas semuanya...Kad kahwin yang simple tapi bermakna,Majlis Walimah,Doorgift berupa buku doa harian,Upacara bergambar dengan ahli keluarga dan sanak saudara..

aku mahukan doa dari semua agar rumah tangga yang terbina berkekalan dan beroleh Jannah di akhirat kelak.
Jadi, aku berharap sangat bila tiba masanya,
bakal suami aku akan mempunyai pandangan yang sama seperti aku
dan aku juga berharap supaya mama dan abah merestui
“IMPIAN PERKAHWINAN” puteri mereka ini.. =)
*mencuri sedikit masa menulis sebelum bergerak pulang ke Melaka*
Siti Shareeza Azman,
03.02.2012
Aman Puri, Kepong,Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2012
Puisi Indah Buat Bakal Pendampingku~
Letih,
Mungkin itu yang akan aku rasa
Mencarimu dalam bayang
Tidak pernah bertemu hingga melayang
Melayang,
Melayang angan terbuai usia
Bergerak naik menuju ke pusara
Tidak henti terus mencari
Tambatan hati yang dinanti-nanti
Kuberdoa pada pemilik hati
Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
Apabila dia membaca tulisan ini
Semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci
Mungkin selama ini aku terlalu memilih
Atau mungkin tiada yang terpilih
Semuanya menjauh
Tidak terlihat dan tidak tersentuh
Kini segalanya harus dimulakan
Dari niat tulus yang tidak ternilai
Terlalu mulia untuk dinilai
Terlalu tinggi untuk dituai
Dalam sujud hati
Kami berdoa pada Ilahi
Agar segera bertemu kekasih hati
Yang menemani kami ke syurga abadi
Aku benar-benar tidak tahu
Apakah kamu atau siapa pendampingku
Namun jika memang sudah takdirku
Semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu...
[ Credit to: Ya Allah, Diakah Jodohku; Burhan Sodiq ]
Thursday, January 26, 2012
ILMU DITIMBA BEKALAN MASA DEPAN JUA AKHIRAT
Mutakhir ni, aku membeli dan membaca beberapa buah buku
Yang temanya berkenaan dengan perkahwinan dan jodoh...
Dan aku tahu, sebaik aku ‘post’ gambar buku bertajuk
‘Apabila Hati Rindu Menikah’ karya Mas Udik Abdullah,
pasti di fikiran orang di luar sana ‘ish.. dh gatal nk kawin ke ?’
tidak salahkan untuk aku menimba ilmu berkenaan jodoh dan perkahwinan..
bukan berkenaan gatal atau tidak,
tapi berkenaan sedia atau tidak ?
bersediakah aku andai jodoh aku tiba esok?
Bila tibanya jodoh kita, hanya Allah yang punya jawapan yang tepat..
Aku tidak tahu, mama atau abah tidak tahu, kamu juga tidak tahu...
Pada segi zahirnya seperti, memasak,jahit butang (perhatian,jahit baju tak reti ye =P),
mengemas rumah mungkin aku boleh dikatakan sedia...
Tapi bercakap berkenaan batin, adakah aku sedia?
Sediakah aku untuk menjadi isteri pada batin mahupun pada rohaniah?
Cukupkah ilmu untuk aku jadi isteri yang solehah?
Jadi, bermula dari kesedaran tersebut,
aku berjinak-jinak dengan membeli dan membaca buku-buku bertemakan seperti itu...
Dan.. Alhamdulillah... buku tersebut banyak memberi aku seribu erti..
Erti berkenaan jodoh dan perkahwinan..
Yang paling terkesan apabila pengarangnya menasihati supaya jangan takut berkahwin..
Dan jangan menolak jodoh.. sebagai contoh:
pada usia kamu 21 tahun, datang seorang pemuda yang elok pekerti untuk meminang kamu, padahal kamu sedang lagi belajar, jadi kamu menolak..
Adakah kamu tidak perasan itu sepertinya menolak jodoh.. kemudian pada usia kamu 29tahun, kamu telah bersedia dari semua segi, tapi jodoh itu lambat sampai... bukan lambat sampai, tp Allah pernah mendatangi jodoh buat kamu, tapi kamu pernah menolaknya bukan? Haaa... itulah antara yang sangat terkesan bila membaca buku tersebut..
lepas tu.. die juga bagi pesanan jangan takut bernikah atas alasan ekonomi belum kukuh... bukankah mendirikan rumah tangga merupakan sesuatu yang disukai Allah, masakan Allah taknak bagi rezeki selepas kamu melakukan sesuatu yang disukaiNya?
Pastu
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
die bagi contoh kalau dah memang tertulis di Loh Mahfuz jodoh kita ngan duda or suami orang (means jadi bini no 2) kita kena redha.. kerana Allah yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita...kalau aku jadi bini no 2 pada orang yang Allah redha iman dan akhlak serta amalnya aku pon nak... MashaAllah.. beruntung la
aku tahu, mmg xsemua orang nk kawin ngn laki orang, tapi andai dh tertulis di Loh Mahfuz kita kena redha dan pasrah.. tentu ada rahmat disebalik sesuatu kejadian
Senang kata banyak ilmu yang dapat aku timba di sebalik buku tu...
Then.. aku beli satu lagi buku
“Aku Terima Nikahnya” karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...
Aku pernah dengar pasal buku tu dulu...
Tapi yela, dulu belum ada kesedaran diri kan...
Jadi aku xnmpak manfaat nya...
Alhamdulillah.. sekarang dh nmpak... heeee...=P
Buku tu sangat2 bagus... yang menariknya, ustaz tu setuju bernikah dengan wife die sebelum bertemu muka secara berdepan, xpernah sms, kuar makan,
dating tgk wayang dan sebagainya, xpernah!,...
hanya melalui sekeping gambar yang agak sukar bagi ustaz tu untuk cam muka bakal wife die..tapi melalui cerita2 sahabat terdekat berkenaan akhlak wanita tersebut,
Ustaz tu yakin itulah wanita yang diimpikan selama ini...
Sweet kan cinta macam tu...
buku tu banyak menceritakan pengalaman ustaz tu berkahwin dengan seorang doctor,
kesibukan menguruskan rumah tangga di samping berdakwah dan menjaga anak..
serta kisah cinta mereka selepas kahwin yang bahagia dirahmati Allah.. best!
Patu pastu.. lagi best.. dorang ni bercinta dan kisah perkahwinan dorang bermula kat negara
im gonna put
sekarang aku tengah baca buku “Ya Allah, Diakah Jodohku” karya Burhan Sodiq..
agak lewat mengkhatamkan buku tersebut disebabkan tuntutan kerja yang menjadikan aku agak penat sekembali dari office... saat aku menaip ni, pembacaan aku terhenti pada muka
Aminnn... =)






