Monday, August 26, 2013

Saya tau awak ada untuk saya



Kadang kadang rasa penat sangat.
Penat mencari cinta halal.
Penat menanti si dia.

kadang kadang rasa down sangat.
Down memikirkan ada ke yang halal untuk aku?
Down sampai rasa diri ini tak layak untuk sesiapa.

dan bila itu terjadi,
Bait-bait lagu Nickelback - Gotta be Somebody menyedarkan aku.


This time, I wonder what it feels like
To find the one in this life, the one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I'll be waiting for the real thing, I'll know it by the feeling
The moment when we're meeting, will play out like a scene
Straight off the silver screen

So I'll be holding my breath, right up 'til the end
Until that moment when, I find the one that I'll spend forever with

Cause nobody wants to be the last one there
Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that

Cause nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they're not alone
There's somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there

Tonight, out on the street, out in the moonlight
And dammit this feels too right, it's just like déja vu
Me standing here with you

So I'll be holding my breath, could this be the end?
Is it that moment when, I find the one that I'll spend forever with

Cause nobody wants to be the last one there
Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that

Cause nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they're not alone
There's somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there

You can't give up, (when you're looking for) a diamond in the rough (cause you never know)
When it shows up, (make sure you're holding on)
Cause it could be the one, the one you're waiting on

Cause nobody wants to be the last one there
And everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me, oh

Nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
There's somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there

Nobody wants to be the last one there
Cause everyone wants to feel like someone cares
There's somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there


"You can't give up, (when you're looking for) a diamond in the rough (cause you never know)
When it shows up, (make sure you're holding on)
Cause it could be the one, the one you're waiting on"

Aku tak boleh putus asa mencari putera idaman. :)

Tuesday, February 26, 2013

To love at all is to be vulnerable

“To love at all is to be vulnerable. Love anything, and your heart will certainly be wrung and possibly be broken. If you want to make sure of keeping it intact, you must give your heart to no one, not even to an animal. Wrap it carefully round with hobbies and little luxuries; avoid all entanglements; lock it up safe in the casket or coffin of your selfishness. But in that casket — safe, dark, motionless, airless — it will change. It will not be broken; it will become unbreakable, impenetrable, irredeemable. The alternative to tragedy, or at least to the risk of tragedy, is damnation. The only place outside of Heaven where you can be perfectly safe from all the dangers and perturbations of love is Hell.” - C.S LEWIS





Disclaimer : i do not own this artwork. all credit goes to the cartoonist,Mr Gavin Aung Than.

Sunday, September 9, 2012

hadiah hari raya aidilfitri 2012

Assalamualaikum w.b.t

Setiap mesti ada kenangan raya tersendiri kan.. Alhamdulillah.. raya tahun ni Allah bagi aku peringatan dan tanda kasih sayangNya dengan caraNya tersendiri...

Malam Raya Pertama aku dan keluarga pergi beraya di rumah pak cik aku... beraya macam biasa je... tapi dengan kuasa Allah, kaki aku terpijak jarum kat salah satu permaidani rumah pak cik aku... dengan muka yang hampir menangis, tapi ditahan-tahankan tangisan itu, aku cuba tanggalkan jarum yang tersusuk.. sebaik keluarkan dia, aku tengok panjang jugak.. sebab hampir separuh dari jarum tu dah tersusuk masuk dalam tapak kaki aku.. Jadi, aku fikirkan, jarum yang tersusuk telah habis keluar, tapi, apakan daya, aku cuba manusia biasa yang tiada ilmu dalam bidang perubatan. Aku biarkan kakiku membengkak selama 2 hari kerana aku yakin ia akan surut tak lama lagi, lagipun klinik kan cuti... tetapi masuk hari ketiga aku tersusuk jarum tu, mama suruh along bawa aku pergi hospital melaka... doktor pelatih kat hospital cuba tengok2 kaki aku dan tanya demam ke tak, lalu terus beri aku ubat.. so aku balik..

Esoknya, bengkak tak surut, jadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan peringgit. Doktor kat sana suruh aku buat xray, dan ternyata ada 1cm jarum yang tertinggal dalam tapak kaki aku.. kedudukannya agak dalam dan sudah hampir dengan tulang.. doktor kat situ serta merta rujuk aku ke hospital melaka untuk buat pembedahan bagi mengeluarkan jarum tersebut.

Aku ditahan kat wad ortopedik pada hari Rabu,22/8/2012 jam 5 lebih. Kemudian datang beberapa HO membelek salinan xray aku. Tak lama selepas itu, datang pula MO. MO tu membuat cadangan untuk membuat pembedahan kecil di bilik pembedahan berhampiran dengan wad memandangkan bilik pembedahan utama agak penuh. Jadi, yang akan membuat pembedahan adalah HO. Dalam beberapa minit sebelum maghrib, pembedahan bermula. Doctor inject aku dengan beberapa ubat bius di bahagian kaki. Tanpa segan silu, aku menangis. Injection itu terlalu sakit. Tak mampu aku ceritakan. Waktu die nak potong tapak kaki aku tu pon still rasa sakit, jadi die menambah dos ubat bius sehingga aku betul-betul tak rasa sakit sewaktu pembedahan kecil dilakukan.

Hampir setengah jam doctor HO tu ‘menggodek’ kaki aku... dan air mata terus berlinangan kerana mengenangkan nasib tapak kaki aku yang dipotong, tapi jarum yang dicari tak juga jumpa. Aku menangis sebab terdengar kata-kata HO tu yang mengatakan mereka tak tahu nak potong bahagian mana sebab jarum yang tertinggal dah hampir dengan tulang dan mereka berulang kali belek-belek xray aku seolah-olah hilang arah untuk meneruskan pembedahan itu. Akhirnya mereka decide untuk panggil MO yang bertugas untuk meneruskan pencarian ‘jarum’ tersebut. Ternyata, MO tersebut juga tak dapat jumpa atas alasan peralatan, pencahayaan dan agak berbahaya untuk memotong tapak kaki aku lebih dalam. Kaki aku dibalut, dan aku disuruh kembali ke katil dan akan memanggil kali kedua untuk dibedah sebaik giliran aku sampai untuk menggunakan bilik pembedahan utama. Dan aku menungu sehinggalah keesokan harinya.

Esoknya, 23/8/2012, HO membuat rondaan, dan menulis2 ke dalam fail rekod pesakit. Aku sempat membaca salah satu catitan HO ‘removal of foreign body was done yesterday-failed’. So. 1st attempt of removal of foreign body, which is the needle was failed yesterday.. hahahhahaha.. -_-“.. datang MO yang lain yang bertugas pagi tu,, tgk fail dan mendengar penjelasan HO segala bagai, dan membuat keputusan untuk membuat sekali lagi pembedahan di WAD. Ya, sekali lagi cubaan untuk menggodek tapak kaki aku akan dilakukan di wad biasa. Aku rasa nak nagis sebab semalam MO yang lagi satu cakap memang kena buat kat bilik operation, MO yang pagi ni cakap nak try buat kat wad je.. then aku piker, kalau sekali lagi tak jumpa jugak macam mana? Dah nak korek kaki aku buat kali ketiga ke? Tak lama lepas tu HO datang bawak surat yang sama macam semalam untuk aku sign, dan menjelaskan effect2 yang mungkin terjadi selepas pembedahan iaitu, jangkitan / bleeding..





So, aku tunggu je la sehingga dipanggil untuk dibedah.. makan, then aku tido... dalam pukul 12, nurse panggil aku bangun and suruh aku tukar baju untuk pembedahan. Aku dah la tengah mamai-mamai... aku call mama ckp doktor nak buat pembedahan dah.. rupanya, diorang nak buat pembedahan kat bilik utama.. lega lah hati aku,mama dan abah mendengar khabar tersebut.

Dalam pukul 12.20, aku ditolak masuk ke bilik bedah.. MO yang pagi tadi yang akan buat pembedahan. Disamping dia ada 3 doktor bedah yang lain dan sorang nurse. So doctor pertama cakap die nak inject ubat bius dah.. inject la macam semalm, tapi agak kurang sakit dia.. mungkin die dah pakar bius atau memang dah biasa bius-membius sehingga aku rasa tak berapa nak sakit pon.. tik tok tik tok.. hampir setengah jam digodek2, dilap2 darah..agak banyak darah yang keluar... aku dapat rasa berdasarkan beberapa kali kain lap darah dilap ke kaki aku.. lagipun aku dalam keadaan sedar memandangkan Cuma bahagian kaki sahaja yang dibius... masih belum dijumpai lagi jarum tu sebab berdasarkan perbualan di antara doctors tu, jarum tersebut berada agak dalam dari tapak kaki aku... air mata dah berlinangan menahan rasa... sakit tu tak la kan, sebab dah dibius... nurse berapa kali suruh aku tahan sikit and suruh aku tarik nafas perlahan2 memandangkan bacaan denyutan nadi aku agak kencang.. setelah hampir 1 jam, jarum yang dicari akhirnya jumpa... kedengaran doctor tu berkata ‘aiyaa.. susah wo mau jumpa’..


Then, nurse kata, ‘sekarang doctor nak cuci luka, lepas tu jahit ey.. tahan sikit ey dik’... ye.. terpaksalah tahan kak.. huk huk huk.. sebanyak 6jahitan diperlukan untuk menjahit luka aku tu... waktu nak keluar bilik bedah tu, aku Cuma mampu berkata ‘thanks doctors’... dalam pukul 2, settle semua benda, aku ditolak balik ke bilik. Tak lama lepas tu,Doctor MO yang buat pembedahan tu datang and cakap, maybe petang tu juga aku boleh balik.. aku pun balik ke rumah..



Nak dijadikan cerita, malam tu mama and abah mmg dah plan nak jemput kawan2 mereka datang beraya... jadi aku menjadi topic utama dan hari2 seterusnya, setiap kali orang datang beraya, aku menjadi topic perbualan.. huk huk huk..

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu berehat, aku skang dah ada kat Kepong.. esok kena pergi kerja.. jahitan luka dah dibuka pada 6/9/2012 aritu selepas genap 2 minggu pembedahan berlaku.. tapi buat masa sekarang, jalan masih terencot2.. menurut salah seorang sahabat merangkap pelajar tahun akhir perubatan, mungkin dalam masa 2-3 minggu masa yang diambil untuk elok sepenuhnya... yup.. hampir sama dengan kata-kata doctor yang aku jumpa waktu nak bukak jahitan artu.. die pon cakap luka ni ambil masa untuk pulih..

Parut? Mungkin akan kekal.. tambah pulak, potongan waktu pembedahan pertama tidak ditutup dengan betul, jadi lepas bukak jahitan, luka tu tak bercantum seperti diharapkan..

pesanan shareeza :- Terima kasih untuk parut dan hadiah ini ya Allah.. ia mengingatkan aku bahawa aku Cuma hambaMu yang lemah..


pesanan tambahan :- kalau kaki terpijak jarum, cepat2 g jumpa doktor... kemungkinan utk jarum tu patah dalam adalah tinggi T_T

Sunday, July 15, 2012

Jalan yang Jelas

Alhamdulillah...

langkah-langkah itu semakin jelas..
yang terlindung oleh kabus semakin terlihat oleh pandangan mata kasar..
Sedikit masa lagi, segala persoalan bakal terungkai,
di sisiMu aku menyerah.. =)

Thursday, June 21, 2012

"Sukarnya Memaafkan"

"Sukarnya Memaafkan"

Aku benci rasa ini
walaupun ia bertandang di laman hati
kenapa kau menjelang semula
setelah menghilang sekian lama

kaukah itu yang pernah menghadiahkan
satu luka berdarah yang menyakitkan
kenapa perlu kutemui lagi warna pilu
ketika kau lalu di tepian kalbu

ah,terasa segalanya terlalu laju
apabila batas-batas masa dikira
puluhan tahun tidak lama
termangu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
... sukarnya melupakan

segalanya kini sudah berubah
sejak ikatan hati itu terungkai
episod demi episod telah mendewasakan
kita semakin matang mentafsirkan!
kalau benar cintakan Allah...
hati kita takkan terpisah

dan entah kenapa tiba-tiba kini...
kita dipertemukan semula
... di persada kemaafan
apabila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itupun bisa memaafkan
lalu dendam luruh seluruh...
walau diawalnya terasa susah sungguh!

Dini hari
Muharram 1417H

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Cinta Kerana Allah.



*ini sajak nukilan PMJ dalam buku bertajuk Cinta Kerana Allah*

Monday, June 11, 2012

Serahkan PadaNya

#DearFutureHusband Allah tahu masa terbaik untuk kita bersatu.

Meskipun lewat, saya takkan memarahi mahupun menyesali takdir itu

kerana sesungguhnya perancangan Allah itu terbaik

buat umatNya yang bersyukur

Saturday, May 19, 2012

Ujian Keimanan

Allah itu sayang akan umatNya. sayang akan kita. tapi apakah kita juga menyayangiNya? semakin kita cuba mendekati Allah. menunjukkan kasih sayang kepadaNya, semakin kuat kita diuji. Allah juga mahu menguji sejauh mana dalamnya kasih kita terhadapNya. maka, pandanglah ujian itu sebagai petanda yang positif. yang mana petanda bahawa Allah juga menyayangi kita.

Kadang hati lelah. penat melangkah menuju Allah. Semakin aku cuba berubah ke arah mendapat keredaanNya, semakin kuat ujian yang aku terima. Mungkin tidak sekuat ujian yang menimpa Nabi-Nabi terdahulu. Tapi bagi seorang insan yang lemah seperti aku. sejujurnya, hampir sahaja aku berputus asa. hampir saja aku memarahi ujian itu.

Tapi syukur masih ada sisa iman dan takwa dalam diri. aku cuba mempositifkan keadaan. Langkah kaki ini, terus mara ke hadapan, meski sokongan yang aku harapkan dari mereka yang terdekat tidak semegah yang aku impikan. mungkin saja dakwah ku kepada mereka belum terkesan di hati. semuanya perancangan Allah. mungkin saja ada kata-kata yang bisa membuatkan semangat diri ini lemah, tapi aku yakin Allah itu ada sebagai penguat semangatku.

Ya Allah. Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunkan dosa-dosa silamku dan dosa-dosa masa kini, sama ada yang jelas mahupun yang tersembunyi, sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja.

Ya Allah, Tuhan Yang maha Melindungi, Lindungilah maruahku, Tutuplah aibku.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Penyayang. Kasihanilah aku. Sayangilah hambaMu ini.

Dengan nama Allah, aku berserah dan bersujud kepadaNya!


Friday, May 11, 2012

Usaha Mencari Jodoh

Mohon jangan gelak tatkala membaca tajuk entry ini.. hahhaha...

Orang kata, jodoh memang telah ditetapkan oleh Allah sejak kita dalam rahim ibu lagi. Tapi apakah kita hanya perlu menanti jodoh itu datang, atau kita harus berusaha mencari jodoh tersebut?

Aku suka membaca buku-buku tentang penikahan dan percintaan. Kebanyakan penulis menggalakkan remaja-remaja kini untuk mempercepatkan pernikahan mereka dan bernikah dalam usia yang muda.

Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya apabila seseorang itu bernikah, ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi hendaklah dia beribadah kepada Allah”

Dan sejujurnya, tatkala membaca petikan hadith ni, hati aku meronta-ronta dan bersemangat untuk menyempurnakan separuh dari agama aku secepat mungkin. Sebolehnya ingin aku menyempurnakannya dalam usia yang muda. Tapi, kita sendiri tak tahu, bilakah yang sebenarnya masa yang tepat yang telah Allah tetapkan untuk kita bertemu dengan jodoh kita.

Usaha? Seseorang mengingatkan aku tentang usaha untuk mencari jodoh itu. Dan sehingga ke hari ini, antara usaha yang telah aku lakukan adalah :-

1) berusaha menjadi wanita solehah (meski belum aku capai tahap tersebut)

2) istikharah

3) istiyarah

4) mendaftarkan diri dalam web mencari jodoh (pure matrimony) ß ini super LOL =P

oke.. yang no satu tu... aku bukan wanita yang sempurna. Aku wanita yang penuh kekurangan dan cacat cela aku tersendiri. Tapi Allah itu Maha Menyayangi, Dia tutup aib-aib aku, Dia sembunyikan dosa-dosa silam mahupun dosa masa kini aku. Jadi atas rasa kasihNya yang tak pernah luntur terhadap aku dan atas rasa penuh kehambaan kepadaNya, aku berusaha berubah dan sedaya mampu untuk menjadi wanita solehah yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam, meski belum sepenuhnya sempurna, tapi aku akan terus berusaha tanpa henti mahupun lelah dalam mencari redaNya...

istikharah? Seorang kawan di tempat kerja pernah menceritakan tentang hasil istikharah dia kepada aku. Katanya, sebelum bertunang dengan seorang jejaka ni, dia lakukan solat istikharah, antara permintaan dia, dia minta sekiranya lelaki itu jodohnya, moga disatukan mereka dalam pernikahan dan sekiranya bukan, pisahkan mereka secara baik dan semoga hati mereka berdua redha dalam perpisahan itu. Dan dia lakukan istikharah itu berturut-turut selama 2 bulan. Maha Kuasa Allah, Dia tunjukkan jalan kepada istikharah kawan tersebut dengan perpisahan. Namun, ternyata perpisahan itu berlaku dalam keadaan yang tenang tanpa ada perasaan benci membenci mahupun dendam. Mereka redha atas perpisahan tersebut. Kawan itu juga memberi pesanan, sekiranya hati telah tertarik kepada seseorang, istikharah lah ,mohon petunjuk dari Allah. Dan sekarang, telah hampir 3 minggu aku lakukan istikharah setelah mendengar nasihat dia. Allah sampaikan petunjuk dalam banyak bentuk, bukan dalam mimpi saja. Setakat ni, aku belum dapat apa-apa mimpi, tapi hati aku, WallahuAllam..

Istisyarah. Sejujurnya, aku telah berkali-kali bagi ‘hint’ pada mama menyuruh beliau mencarikan aku jodoh. Namun hampa. Mama tak nak terlibat dalam proses pencarian ini. Malah katanya, mama kata pilihan dia mungkin bukan pilihan aku. Aku tahu, bukan mama saja-saja tak nak, tapi mama nak beri ruang sepenuhnya kepada aku dalam menentukan siapa bakal suami aku. Dan mungkin mama juga tak nak sekiranya di hadapan kelak aku akan menyalahkan beliau andai ada konflik terjadi di antara aku dengan suami yang merupakan pilihan beliau. Jadi, buat masa sekarang, usaha mencari jodoh itu sepenuhnya terletak di tangan aku.

Pure Matrimony? Aku baru je daftar 2 hari lepas. LOLOLOLOLOL... apa itu Pure Matrimony? Satu laman web mencari jodoh di bawah MERCY. Aku jumpa web tu pon melalui twitter Sheikh Alaa Elsayed. Sheikh ni punya ceramah memang best, best giler. Oke sambung semula... jadi kita isi detail kat web tu.. dan cara mereka mengendalikan web tu memang Islamik. Sangat islamik, siap minta detail Wali. Aku letak no phone mama. Hahahha... gambar profile gambar default yang ada kat web tu.. cam air atau basikal atau apa-apa la... dan mereka siap bagi pesanan, web tu bukan untuk mereka yang nak cari BF/GF atau nak dating-dating, tapi web tu untuk mereka yang serious nak cari jodoh. Ada gak pesanan yang mengingatkan jangan bertukar private contact details tanpa persetujuan wali. Bila kita send message kat web tu pada sesiapa, dia akan cc message tu pada wali kita dan siap bagi ayat-ayat Al-Quran lagi. Heeee.. bagus kan?

Tapi, persoalannya, cukup kah usaha aku? Betul ke cara aku berusaha? Moga Allah mudahkan...

Saturday, March 17, 2012

Alhamdulillah... 23 tahun.. =)


Alhamdulillah...
satu ungkapan syukur yang aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku nikmat hidup selama 23 tahun di muka bumi ini...

Alhamdulillah...
syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan keluarga yang bersama-sama dengan aku walau dalam apa keadaan sekalipun..

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah yang mengurniakan aku sahabat-sahabat yang menjadi penggerak dan semangat untuk aku menjalani hidup dan melaksanakan ibadah kepadaMu..

Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi syukur aku ucapkan kepada Allah di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada aku....

11 Mac 2012, genap hamba Allah ni dikurniakan hidup selama 23 tahun.. apakah sempat aku mencapai umur 24 tahun? WallahuAllah..

hadiah terbaik tahun ni?
dapat menyambutnya bersama keluarga!
itulah hadiah terbaik buat diriku...
selama beberapa tahun aku menyambut ulang tahun sebagai perantau.. (yela, blaja kat shah alam kan).. hehe.. jarang dapat balik melaka tyme birthday sendiri...
tapi Alhamdulillah, tahun ni dapat gak sambut bersama keluarga..
itulah hadiah terbaik yang aku dapat.. dapat cium dan peluk mama dan abah pada sambutan ulang tahun merupakan perkara terbaik bagi aku... =)

Thursday, March 15, 2012

Doa Memohon Jodoh

Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan KetentuanMu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Reda hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

[ Petikan ini aku ambil dari buku karya Burhan Sodiq, Ya Allah, Diakah Jodohku ]



*oke.. ni petikan terakhir yang agak menarik dalam buku tu yang aku amik.. heeee...* :D

Wednesday, March 14, 2012

Surat untuk Calon Suamiku

Surat untuk Calon Suamiku...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian inshaAllah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bwah jagaan ayah dan bondaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai dari aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta pada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi kita apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.”

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suami yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah rumah kecil menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia rumah derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



[ Petikan surat ini aku ambil dari buku karya Burhan Sodiq, Ya Allah, Diakah Jodohku ]

Friday, March 2, 2012

Surat untuk Calon Isteriku

Surat untuk Calon Isteriku

Assalamualaikum wrh wbt

Untuk Bonda, Calon isteriku....

Tangan ini ingin menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hatiku. Aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Seringkali aku mendengar ungkapan ‘Kau tercipta untukku.’

*******

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya maksud kalimat itu kerana diliputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang diciptakan khusus untuk diriku, iaitu DIRIMU. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu.

*******

Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana alu risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

*******

Apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustaz. Apabila aku memakai jubah, aku disangka syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangka da’i. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredaan Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati wanita kerana paras rupaku dan perwatakanku. Baik yang indah berjilbab atau yang ketat bert-Shirt,semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan fitnah ini. Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

*******

Jiwa remajaku ini mulai mencari cintanya dan kehadiran seorang wanita amat didambakan. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia MENUNGGU diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa melindungi diri.

*******

Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika di mana aku akan MELAMARMU, akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi SAW kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

*******

”Nikahilah wanita kerana empat perkara, keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya. Dan jika kau memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara’ sebagai pembatas diri kita. Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai cop HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

*******

[ Petikan surat ini aku ambil dari buku karya Burhan Sodiq, Ya Allah, Diakah Jodohku ]

*sengaja aku kongsikan petikan-petikan menarik dalam buku-buku yang telah aku baca*

enjoy :D

Saturday, February 4, 2012

IMPIAN PERKAHWINAN



Setiap kali tersinggah blog ni, mesti ada yang berkata
“ kenapalah akhir-akhir ni penulis blog ni asyik berbicara tentang perkahwinan?”

Pernah dengar tentang “life’s cycle of questions?”

1. “Bila nak habis belajar?”
* Apabila kita masuk university, orang mula bertanya soalan ni kan?

2. “Bila nak dapat kerja?”
*Apabila dah habis belajar, orang tanya plak, bila nak dapat keje?

3. “Bila nak kawin?”
* Bila dah dapat keje, orang tanya, bila nak kawin?

4. “Bila nak dapat anak?”
* Bila dah kawin, orang tanya bila nk dapat anak,dan akhirnya....

5. “Bila nak dapat anak seterusnya?” -_____-”

Dipendekkan cerita, aku di soalan no 3 tu ha..
kawan2 ramai yang dh temu jodoh,ada yang ada anak dh pon..
hahaha.. aku? Allah cakap belum sampai lagi..

oke.. bersambung...
Impian perkahwinan?
Siapa yang xde impian perkahwinan?
Kalau tanya anak kecil pon pasti rancak mereka berbicara,
Nak kawin dengan putera raja la,
nak pakai baju cm Cinderella la.. dan macam2 lagi...

Perkara ni terlintas di fikiran aku tatkala melihat album perkahwinan salah seorang officemate
Tadi.. mmg cantik album tu...smpai terdetik di hati,
“ana kawin nanti, ana nak ada satu album gambar macam ni juga la”..

Cantik nye album tu kerana kulit album tu dihiasi gmbar-gambar perkahwinan mereka dan album itu mmg cantik,
diringkaskan, hati ana mmg berkenan lah! =)

Tapi suatu persoalan keluar di benak ana...
”Mengapa ambil gambar tak pakai tudung, sedangkan ukhti bertudung pada hari biasa?” – persoalan ini hanya tersimpan dalam hati je... tak terluah..

Rata-rata perkahwinan sekarang seperti memainkan hukum Allah..
Mungkin ada yang berfikir
“ahh... satu hari je.. aku nk nmpak cantik sangat2.. xpakai tudung baru leh bergaya dengan macam2 baju"
MashaAllah....

Lalu terlintas di hati aku....
sebolehnya aku taknak bersanding pada hari perkahwinan nanti..
Perkara ini pernah aku luahkan pada teman sekerja 2 bulan lepas..
“Eeza kalau boleh xnk bersanding... tak terasa nak bersanding”

Dan aku pon xingat bila perkara ini aku tanamkan dalam impian perkahwinan aku...
Aku rasa aku akan rasa sangat penat nak duduk seharian,
menghadap wajah-wajah yang aku tak kenal..
diratahi oleh mata-mata yang bukan mahram aku..

inshaAllah..
impian ini akan terlaksana kerana niat aku sememangnya kerana Allah...

cuma sedikit perasaan bimbang terlintas di fikiran aku..

bagaimana reaksi mama dan abah kiranya aku memutuskan untuk tidak bersanding?
Apakah bakal suami aku juga mempunyai impian yang sama seperti aku?

Aku hanya impikan majlis perkahwinan yang sederhana..

Majlis akad nikah,
Tiada persandingan,
Tiada persalinan...
[cukup sepasang baju nikah, sepasang baju untuk sambut tetamu waktu majlis walimah]
hantaran pon kalau mama dan abah nak, biarlah serba ringkas semuanya...
Kad kahwin yang simple tapi bermakna,
Majlis Walimah,
Doorgift berupa buku doa harian,
Upacara bergambar dengan ahli keluarga dan sanak saudara..


Itu sahaja.. yang selebihnya,
aku mahukan doa dari semua agar rumah tangga yang terbina berkekalan dan beroleh Jannah di akhirat kelak.

Jadi, aku berharap sangat bila tiba masanya,
bakal suami aku akan mempunyai pandangan yang sama seperti aku
dan aku juga berharap supaya mama dan abah merestui
“IMPIAN PERKAHWINAN” puteri mereka ini.. =)

*mencuri sedikit masa menulis sebelum bergerak pulang ke Melaka*

Siti Shareeza Azman,
03.02.2012
Aman Puri, Kepong,Kuala Lumpur


gambar2 diambil dari google.com...

Friday, January 27, 2012

Puisi Indah Buat Bakal Pendampingku~

Letih,

Mungkin itu yang akan aku rasa

Mencarimu dalam bayang

Tidak pernah bertemu hingga melayang


Melayang,

Melayang angan terbuai usia

Bergerak naik menuju ke pusara

Tidak henti terus mencari

Tambatan hati yang dinanti-nanti


Kuberdoa pada pemilik hati

Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini

Apabila dia membaca tulisan ini

Semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci


Mungkin selama ini aku terlalu memilih

Atau mungkin tiada yang terpilih

Semuanya menjauh

Tidak terlihat dan tidak tersentuh


Kini segalanya harus dimulakan

Dari niat tulus yang tidak ternilai

Terlalu mulia untuk dinilai

Terlalu tinggi untuk dituai


Dalam sujud hati

Kami berdoa pada Ilahi

Agar segera bertemu kekasih hati

Yang menemani kami ke syurga abadi

Aku benar-benar tidak tahu

Apakah kamu atau siapa pendampingku

Namun jika memang sudah takdirku

Semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu...


[ Credit to: Ya Allah, Diakah Jodohku; Burhan Sodiq ]